Archive for the 'Terengganu' Category
‘Nelang’…Itulah perkataan yang boleh menggambarkan kejayaan kontinjen negeri Terengganu di SUKMA 2008.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet dan pegawai negeri yang terlibat.
Kejayaan besar Terengganu dalam acara Kanu, berbasikal, olahraga dan silat telah banyak membantu dalam mengesahkan status sebagai kuasa baru sukan di Malaysia dan menempatkan Terengganu antara 4 negeri yang pernah menjuarai SUKMA (3 negeri lain [...]
Bak kata orang puteh, ‘so far, so good”. Sekali lagi, aku bersetuju dengan kenyataan terbaru Menteri Besar baru aku ini.
Ahmad Said Minta Kerajaan Pusat Serah Kembali Royalti Minyak
KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) — Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas [...]
Berakhirnya sebuah krisis
Semoga Menteri Besar baru Terengganu akan melaksanakan apa yang dijanjikan beliau ini. Dan semoga apa yang terjadi di Malaysia dan Terengganu khususnya menjadi pengajaran yang amat bermakna untuk beliau.
Projek besar dikaji semula
KUALA TERENGGANU 30 Mac - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said memberi jaminan kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan beberapa projek besar [...]
Sedang 4 negeri menerima angin perubahan, Terengganu masih memilih untuk mengekalkan kerajaan sedia ada walaupun PAS Terengganu ketika kempen PRU kelihatan beria-ria benar untuk menawan negeri ini dari menawan Kedah atau Selangor. Berikut adalah beberapa pendapat aku secara peribadi mengapa angin perubahan gagal sampai di Terengganu:
1) Imej PAS Terengganu yang amat buruk di persada politik [...]
Sekali lagi Malaysiakini membawakan liputan pilihan raya dari Terengganu. Kali ini mereka mendekati calon bebas yang akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu.
Hairan dan kagum juga aku melihat Tok Maimun. Sanggup bergolok gadai RM 10,000 untuk masuk bertanding berbekalkan kepercayaan bahawa bercakap di belakang dan sekadar mengeluh sesama kita tidak memadai untuk membetulkan keadaan. Sanggup masuk [...]
Belum lagi kempen sebenar 13 hari bermula, sudah banyak kejadian yang berlaku di Terengganu. Dua tiga hari lepas, kecoh dengan kejadian bendera Barisan Nasional ditumbangkan di Dungun. Sehari selepas itu, bendera PAS pula diturunkan di bulatan Batu 6 oleh pihak berkuasa tempatan diikuti bantahan oleh penyokong-penyokong mereka.
Semalam pula, selepas pengumuman calon oleh pihak Barisan Nasional, [...]
sumber Utusan.
Antara dua jiran.
Baru seketika tadi aku membaca berita mengenai acara Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa 2008 yang akan diadakan di Taman Tamudan Islam, Kuala Terengganu. Terkejut beruk aku mendengarnya. Beruk-beruk yang menghuni Pulau Wan Man mungkin juga turut sama terkejut. Mana tidaknya, acara yang sinonim dengan PWTC itu akan berkelana ke Terangganu tahun depan.
Bukan acara tilawah sahaja, Sukma [...]


