Malu dan kagum. Dua perkataan ini sahaja yang dapat menggambarkan perasaan aku bila membaca kisah seorang pendaki gunung, Greg Mortenson yang berusaha dalam misi keamanannya tersendiri di Pakistan dan Afghanistan menerusi Central Asia Institute.

Kisah perjuangan beliau bemula setelah beliau gagal dalam pendakiannya menuju puncak K2. Setelah terselamat dari pendakian yang hampir meragut nyawanya, beliau tinggal di Korphe, sebuah perkampungan di utara Pakistan. Melihat kedaifan penduduk kampung itu, beliau telah mengikat satu janji dengan mereka. Janji yang disemat ketika beliau di kampung itu untuk membina sekolah bagi mendidik kanak-kanak di kampung itu telah mengubah hidupnya sama sekali.

Lebih mengkagumkan bila melihat usaha beliau yang merentasi sempadan agama dan bangsa. Teramat malu rasanya bila mengetahui ada seorang American yang sanggup turun padang membina sekolah bagi membebaskan kanak-kanak muslim Pakistan ini dari belenggu kemiskinan dan keganasan. Sedang dalam waktu yang sama masih ada orang Islam yang memandang Amerika sebagai satu subjek yang negatif secara total.

Banyak dugaan dan penentangan yang dihadapinya sama ada daripada kalangan rakyat Amerika sendiri setelah berlakunya peristiwa 9/11 mahupun dari ulama syiah dan sunni yang mengeluarkan fatwa bagi menghalang tugas-tugas kemanusiaan beliau. Nasib baik la ada Syed Abbas, seorang ulama yang berfikiran terbuka dan dan berpandangan jauh. Beliau seharusnya dijadikan contoh oleh ulama-ulama lain.

Kisah beliau juga mengajar bagaimana usaha yang bermula dari akar umbi sebenarnya lebih berkesan jika mahu dibandingkan dengan kerja yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Di Pakistan, bukannya semua tempat tiada sekolah. Tapi dek kerana karenah birokrasi dan korupsi. Banyak sekolah yang tidak berjalan, kemudahan sekolah tak lengkap, guru tidak bergaji dll. Dalam pada itu, sekolah yang dibina oleh Greg Mortenson bersama orang tempatan memakan masa yang lebih singkat untuk dibina, kos yang lebih rendah dan kualiti yang lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah yang dibina oleh kerajaan Pakistan mahupun UNICEF.

Membaca buku ini membawa aku pada satu perspektif lain mengenai usaha melawan keganasan. Berbeza sekali usaha yang dilakukan Greg Mortenson dengan kempen melawan keganasan yang diwar-warkan oleh pakcik Bush yang telah menelan trillion dollar.

Greg Mortenson bukan sahaja berusaha membantu kanak-kanak dan masyarakat ini secara membabi buta begitu sahaja. Segalanya dilakukan beliau sebaik mungkin hinggakan beliau berusaha memahami kebudayaan dan adat resam masyarakat Islam di sempadan Pakistan-Afghanistan dan masuk ke dalam masyarakat untuk menjadi sebahagian dari mereka.

Oh ya! Apa kaitan kisah beliau dengan tajuk buku ini (Tiga Cawan Teh)? Hurm..takkan semua nak bagi tahu kot..bacalah sendiri.


  1. Keyser Söze

    the big angrezi

  2. udean

    Belmont university, jiran vandy..
    I dunno this event take place though.
    cool stuff. thanks for sharing paan.

Leave a Comment