Hari Ibu.

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

-Surah Al-Israa’ (ayat 23 & 24)

Tinggal lagi 21 hari untuk aku bertemu kembali dengan emak dan keluarga setelah 21 bulan terpisah. ‘Ketidaksabaran’ ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Doakanlah sahaja semuanya selamat seperti yang dirancang..insyaAllah.

BONDA

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda


  1. amiza

    Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu didunia~
    Harap bkan sahaja pada ‘hari ibu’ kta mengingati ibu, ingatlah ibu stiap saat dimana sahaja kta berada.

  2. zuhdi

    dekat lirik tu.. yg tanda merah tu maksudnye suara hati diri sendiri eh? hehe..

    yer la kan.. takkan sekarang hidup tanpa layar dan kemudi kut.. akhi, semoga terus istiqamah.. you have a lot to offer..

  3. paan

    kadang2 kemudi tu rosak..

Leave a Comment