Nak dijadikan cerita, semalam aku ke satu Town Hall Meting anjuran kem Hillary Clinton. Sudah pasti Hillary Clinton yang datang. Oleh kerana tersilap membaca email, aku datang awal (jam 3.00). Sedangkan pintu masuk sebebnarnya hanya akan dibuka pada 3:30 hingga 5:30. Dan Hillary Clinton hanya akan berucap paling awal jam 5:30.

Walaugaimanapun, aku mengambil keputusan untuk masuk sahaja ke Rielhe Plaza walaupun aku tahu aku mungkin tak berpeluang mendengar beliau berucap memandangkan final exam DEQ aku berada dalam interval ucapan beliau. Tak berani aku mengambil risiko keluar di celah-celah kesesakan orang ramai. Jam 4:00 aku berjaya masuk ke Rielhe Plaza. Jam 5:00 aku mengambil keputusan untuk beransur setelah puas melihat gelagat orang ramai membuat persiapan untuk menganjurkan satu Town Hall Meeting.

Berikut adalah sedikit gambar yang aku ambil selama 2 jam aku disana.


Leave a Comment