Jarang berita sebegini keluar di media. Tapi aku amat suka jika ianya lebih kerap disiarkan agar menjadi ikutan pada rakyat biasa terutamanya mereka yang menjadi penyokong kuat sesebuah parti politik. Kerana bagi aku yang jadi masalah adalah pabila pengikut dalam parti politik yang terlalu taksub dan bemusuhan sesama mereka yang berlainan parti. Sedangkan pemimpin-pemimpin mereka di atas hanya berbeza dari segi ideologi sahaja.

Ini dia petikan dari HarakahDaily mengenai suasana di hari pertama perbahasan di Parlimen.

Sementara itu, suasana di luar Dewan Rakyat juga tidak kurang meriahnya, ramai yang tertumpu kepada skrin-skrin televisyen yang disediakan di Lobi Parlimen untuk mendengar perbahasan yang pastinya hangat dan membuatkan jantung sentiasa bergerak laju.

Kelihatan beberapa Ahli Parlimen keluar masuk dewan, dan ada juga yang sempat menjengah Kafeteria bagi membasahkan tekak menikmati sarapan pagi dalam suasana yang agak sibuk.

Antara yang kelihatan di Kafeteria ialah, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang duduk bersama bekas Ahli Parlimen BN Ketereh, Dato’ Mohd Alwi Che Ahmad.

Seketika ternampak kelibat Presiden PAS yang keluar dari Dewan Rakyat dan terserempak dengan Presiden MIC, Dato’ Seri S.Samy Vellu.Mereka bersalaman sambil jurugambar dari pelbagai media tidak henti-henti mengambil gambar mereka berdua.

Spontan dari mulut Samy menanyakan khabar kepada Presiden PAS, dan mereka kelihatan cukup mesra tanpa sebarang rasa prejudis walaupun dalam politik mereka bermusuh.

Presiden PAS seterusnya diberi laluan oleh Samy untuk ditemuramah wartawan-wartawan yang sememangnya menanti ulasan Presiden PAS itu mengenai beberapa isu yang sedang melanda negara hari ini terutamanya isu Melayu dan Islam.


  1. cidos

    video best dari parlimen http://youtube.com/watch?v=8qrzorUtEgQ

  2. paan

    lawak ah plk tgk gelagat MPs tu

Leave a Comment